Benci dirinya, wajahnya yang terpacul
Sakit hati, bila tiada lagi kesempatan
Jiwa kosong, kerana khilaf menebal
Rayu, hanya pernah melintas fikiran
Kini hanya meniti masa dalam menanti jawapan
Bodoh benar aku
Jalan mati aku ikutkan
Hutan duri aku redah
Tiada arah, tiada tujuan
Bukan dia perlu aku fikirkan
Tinggalkan dia
Aku tak perlukan dia
Hidupku lebih bahagia tanpa dia
Mungkin lebih bermakna sebelum dia
Dia hanya kenangan
Hanya menjadi tamparan
Dan tiada lagi dia


