LurVe it...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Friday, January 9, 2009

JaLan Yang Ku PiLiH


Inikah jalan yang harus aku teruskan?

Sentiasa sahaja menghalang keinginan hati.

Kusut fikiran dan minda meminta simpulan dileraikan.

Dari dulu sehingga kini, bukan hasrat dan impian aku yang tercapai.

Semua hanya untuk orang lain.

Haruskah aku teruskan lagi?

Tak tergagah lagi rasanya hendak aku tampung.

Mencucuk duri tajam dalam hati ini.

Terbakar mata ini dengan kejayaan insan lain.

Air mata yang mengalir tak pernah berbalas.

Tetapi, aku merasa sedikit bahagia, pabila aku melihat insan yang mengkehendaki semua ini, bisa tersenyum lebar untukku.

Aku bahagia jika mereka bahagia.

Aku bisa tersenyum bila melihat mereka gembira.

Biarlah aku rawat segala luka dan parut dalam hati ini.

Akan aku sejukkan hati ku yang terbakar panas supaya tidak aku merintih merayu meminta belas.

Hanya aku yang tahu jalan mana yang perlu aku pilih.

Buat insan yang amat aku sayangi, aku tahu kamu menerima aku seadanya dari dulu hingga kini.

Sedarilah kamu, sesaat pun tidak pernah aku lupakan diri kamu.


No comments: