Lemah mencari arah tuju
Leka dicanai duniawi
Sepantas cahaya Kau sedari aku
Kata-kata darinya mengusik hati
Lantas
Ku sujud padaMu
Potret tak perlu di mata
Kerana Kau dekat di hatiku
Benar
Aku rindu padaMu
Ketenangan bersamaMu
Kebahagiaan di rumahMu
Mendekati kekasihMu
Aku rindu semua itu
Kau dengari rintihan
Memberi petunjuk jalan benar
Mahukan hambaNya kembali
Terima
Kekusutan sudah terlerai
Kau tunjukan panduan
Mencari pemilik tulang rusukku
Agar aku sentiasa bersama rahmatMu



No comments:
Post a Comment